Cyberview Resort & Spa menawarkan hidangan bufet istimewa bertemakan Warisan Rasa yang mengetengahkan pelbagai citarasa yang menyelerakan di sepanjang bulan Ramadan.

Chef Khir yang berpengalaman luas, bersedia membawa kembali aneka sajian kegemaran semua ke dalam hidangan Bufet Warisan Rasa.

Resort yang bertaraf lima bintang ini menyediakan lebih 222 jenis hidangan dan 15 gerai makanan pelbagai menu untuk dinikmati oleh pengunjung.


Antara hidangan yang disediakan adalah Kambing Madu Panggang, Sizzling Makanan Laut, Kari Ayam Salai, Daging Panggang, dan Nasi Biryani Periuk Besar.

Pengunjung juga akan dapat menikmati hidangan Asam Pedas dan Masak Tempoyak Sungai Pahang yang dimasak secara “LIVE” dengan pilihan ikan segar seperti ikan patin, salmon, pari, siakap dan jenahak. Turut ditawarkan adalah udang segar, lala dan kerang buluh yang dimasak dengan cara masakan berasaskan mentega, kukus atau cili


Terdapat juga sudut khas untuk kanak-kanak yang menyediakan pancuran coklat, pelbagai variasi aiskrim, jeli, gula-gula, bertih jagung, kek cawan, mufin dan banyak lagi.

Bufet hidangan in boleh didapati dengan harga RM169 bagi setiap orang dewasa manakala RM85 bagi setiap kanak-kanak dan RM119 untuk warga emas. Baucar pembelian terawal tersedia untuk tempo masa terhad iaitu RM 1 29 setiap dewasa, RM65 bagi setiap kanak-kanak dan RM90 setiap warga emas.
Harga Istimewa juga turut ditawarkan pada setiap hari Ahad iaitu RM129 seorang bagi pengunjung yang ingin berbuka puasa bersama seisi keluarga. Semua harga bersih termasuk cukai
Cyberview Resort & Spa adalah tempat pilihan yang menarik kerana pengunjung boleh menikmati persekitaran yang hijau dan subur serta permandangan landskap yang sangat indah sambil menjamu selera. Resort ini juga menyediakan tempat letak kenderaan percuma untuk kemudahan para pengunjung.

Untuk maklumat lanjut, orang ramai boleh hubungi 03- 8312 7042 / 7041.