Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara, Selangor, Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia telah mengadakan ‘Hari Bersama Media’ yang berkonsepkan perlawanan Ten-pin Bowling dengan tema tradisi moden baru baru ini bertempat di Sunway Mega Lane, Sunway Pyramid, Selangor.

Program ini merupakan inisiatif JKKN Selangor sebagai tanda penghargaan kepada media-media yang telah banyak membantu dalam membuat promosi dan publisiti program-program seni dan budaya serta menjadikan program in sebagai platform mengeratkan silaturahim diantara JKKN Selangor dan media-media dari neger Selangor.
Pelbagai program penyemarakkan, penyelidikan dan pembangunan, pendokumentasian, bimbingan, dan pembangunan modal insan telah dilaksanakan bersama pelbagai persatuan, institusi dan agensi Kerajaan/swasta. Jabatan ini juga telah dan akan terus membina jaringan kerjasama yang berkesan dengan pemain industri dan menyediakan landasan dalam bidang ekonomi melalui penglibatan pelbagai aktiviti seni budaya.

Selain daripada itu, JKKN juga turut membantu BBK untuk memberkhidmat nasihat bagi permohonan dana bantuan kebudayaan seperti Insentif Seni, Geran Sokongan Sektor Kebudayaan (MOTAC), Insentif Seni Promosi, Insentif Seni Kepakaran dan Khidmat Nasihat, Tabung Kebajikan Penggiat Seni, Bantuan Ehsan (MOTAC), Bantuan Khairat Kematian (MOTAC), Bantuan Perubatan (MOTAC), Bantuan Bencana (MOTAC), Bantuan Pengiktirafan (MOTAC), Geran Yayasan Hasanah (Khazanah Nasional), dan Geran Bantuan MyCreative Venture (CENDANA).
Bagi memastikan kelangsungan aktiviti seni budaya di Neger Selangor, JKKN Selangor terus komited melaksanakan pelbagai aktiviti seni dan budaya sejajar dengan misi ke arah Tahun Melawat Selangor 2025 dan Tahun Melawat Malaysia 2026. Sudah semestinya program-program yang akan diadakan akan melibatkan pelbagai persatuan Kebudayaan, Institut pengalian tinggi awam/swasta, sekolah rendah/menengah, agensi kerajaan dan agensi swasta. Pada tahun 2024, antara program yang sedang dan akan diadakan adalah seperti Budi@Seni Ikon, Program Bimbingan Hujung Minggu, Pusat Bimbingan Seni Budaya (Kumpulan Bimbingan Seni Cemerlang, Kumpulan Tunas Budaya, Kumpulan Giat Budaya), Program Perantisan: Wayang Kulit Jawa, Bengkel Pemasaran dan Penajaan NGO Seni Budaya, Cakna Pusat Sumber, Citra Malaysia:Colour Of Malaysia, Festival Tari Malaysia Peringkat Zon Tengah, dan Pertandingann Bintang Asli Remaja Peringkat Negeri Selangor.

Bagi program pelancongan Budaya 2024, JKKN Selangor juga bakal mengadakan Festival Selangor @Batu Laut 2024 dengan kerjasama Kerajaan Negeri Selangor dan Kelab Iltizam Selangor yang akan diadakan pada 6 hingga 8 September 2024 bertempat di Dataran Pantai Batu Laut, Tanjung Sepat, Kuala Langat, Selangor. Festival Selangor @Batu Laut merupakan sebuah program yang akan memaparkan keunikan seni dan budaya masyarakat negeri Selangor melalui penganjuran pelbagai aktiviti seperti Pertandingan Keroncong Antarabangsa Malaysia, Silat Pantai, Pertandingan Bintang Asli Remaja Peringkat Neger Selangor, Pasar Saloma, Sukan 3B (Bola Sepak Pantai, Bola Tampar Pantai dan Bola Jaring Pantai), Batu Laut Culture Warrior, Pameran dan Demonstrasi Perkahwinan Etnik Selangor, Pertandingan Sukan Rakyat, Fun Run/ Fun Ride, Pertandingan Petting Heroes dan Petting Zoo, Pertandingan Memasak Masakan Tradisi, Pertandingan Mewarna Kanak-Kanak, Jualan Agro Madani, Perkhemahan Budaya, demonstrasi pembuatan Wau Kapal, Demonstrasi dan Pertandingan Sukan Layar dan Pameran interaktif agensi kerajaan dan swasta. Program ini dijangka akan dihadiri ole 20,000 khalayak dengan jangkaan jumlah roi pendapatan sebanyak RM500,000.00 daripada hasil jualan, Pakej Pelancongan dan kehadiran pelancong domestik dan antarabangsa, pengangkutan awam, yuran pertandingan dan sebagainya.

Program bersama media in diharap dapat mengukuhkan lagi ukhwah diantara JKKN dan pihak media bagi sama-sama membantu dalam pembangunan dan penyemarakkan seni budaya di Negeri Selangor. Peranan pihak media amat penting bagi penyampaian pelbagai informasi seni budaya kepada penggiat seni dan masyarakat Neger Selangor dan Malaysia amnya.
