Smart Home Izara @ Bayu Sutera tepi Tasik

Sekiranya anda ingin mencari sebuah rumah idaman, sebuah rumah yang mempunyai persekitaran kondusif untuk anak-anak membesar dan juga selesa didiami sehingga meniti usia senja, perumahan Izara @ Bayu Sutera ini mungkin memenuhi kriteria yang diperlukan… yang mana ianya adalah berstatus hartanah milik bebas yang berkeluasan saiz lot 20’ x 70’ (lot tengah) dan binaan 2,315 kaki persegi (pertengahan). 

Izara @ Bayu Sutera teres dua tingkat ini mempunyai 4 bilik tidur dan 4 bilik air dan bercirikan pagar keselamatan tinggi serta pos pengawal. Dan harganya bermula RM553,xxx

Izara @ Bayu Sutera ini mempunyai ruang tamu yang serba boleh, susun atur yang di panjangkan sepenuhnya, bilik tidur yang cukup besar dan luas bersertakan bilik air yang berciri mewah.

Yang paling menarik, rumah- rumah di perumahan Izara @ Bayu Sutera adalah rumah pintar yang datangnya dengan ciri kunci digital, modul pencahayaan, aircon IR blaster dan kawalan suara.

Izara @ Bayu Sutera juga memupuk persekitaran komuniti yang aktif dan selamat. Pemilik rumah di sini boleh bersantai di taman tasik seluas 3 ekar yang datangnya dengan kemudahan seperti kawasan jogging, parcourse, dek plaza, ciri air dan lain-lain lagi 

Terdapat macam-macam jenis kemudahan yang telahpun di sediakan di dalam kawasan kejiranan ini seperti sekitar seperti berikut :

d’Tempat Country Club

Pemilik rumah akan diberi keahlian kelab percuma di kelab ini, di mana terdapat bermacam jenis kemudahan seperti kolam renang bersaiz olimpik, gimnasium, lorong boling, snuker, bilik wayang, bilik bacaan, gelanggang tenis, gelanggang badminton, pingpong, skuasy, dewan bankuet, bilik mesyuarat, SPA, bar dan kafe…..

Matrix Global Schools

Sekolah antarabangsa ini didirikan atas tanah seluas 20 ekar dengan seni bina unik dan reka bentuk dalaman mengikut sebuah sekolah klasik Kolonial British, dilengkapi dengan kemudahan dan kurikulum untuk menampung 2,500 pelajar tempatan dan asing. Terdiri daripada Sekolah Swasta Matrix, Sekolah Antarabangsa Matrix dan Pra Sekolah Antarabangsa Matrix.

X-Park

X-Park ini tempat hiburan terbesar di Negeri Sembilan yang terdapat bermacam-macam aktiviti menarik seperti ATV, Go-Kart, flying fox, paintball, memanah, gelanggang futsal, gelanggang badminton dan pusat latihan golf

Sendayan Merchant Square

Sebuah pusat kormersial yang berhadapan Carnelian Park, taman awam

Matrix Concept menawarkan promosi Gempak Raya Bonanza yang berlangsung dari 23 Mac hingga 12 Mei 2024, di mana pembeli boleh menikmati rebat tambahan sebanyak RM10,000, dan penjimatan sehingga RM74,000 dalam masa kempen terhad….

Izara @ Bayu Sutera mudah diakses menerusi Lebuh Raya Utara Selatan, Lebuh Raya Seremban-Port Dickson dan hanya lebih kurang 22 kilometer dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur.

Dengan menawarkan bermacam-macam ciri-ciri yang menarik perhatian pembeli, tidak hairanlah setiap penawaran kediaman di Izara @Bayu Sutera atau Matrix Concept Homes sebelum ini mendapat sambutan hangat!!!

Inilah masanya untuk memilik rumah idaman mewah di pinggir tasik yang nyaman dan di kawasan penuh kemudahan yang disediakan 

Untuk info lanjut mengenai Bayu Sutera ini boleh layari ke http://izara2.bayusutera.com atau hubungi Matrix Concepts di 1-800-88-2688

Layari social media Bayu Sutera di sini:

Instagram @matrix_concepts

Facebook @matrixconceptshomes

#BayuSutera #Izara #BandarSriSendayan #LakeSideResidences #SmartHome #GempakRayaBonanza #BSSDevelopment

One thought on “Smart Home Izara @ Bayu Sutera tepi Tasik

Leave a comment